
Salam buat rakyat malaysia... Saya sharif musa bin sharif mabul. Tujuan saya membuat blog ini adalah mencari teman2 rakyat malaysia terutama yang berminat dalam bidang politik,pentadbiran,perniagaan,pembangunan,sosial,dan ekonomi...Disini saya menjemput teman2 yang selalu tertekan tentang permasalaan yang tertulis diatas ini,apakah anda tidak berpuas hati tentang pentadbiran kerajaan sekarang?mari kita cari isu bersama2 demi bumi malaysia kita cintai..
JANGAN JADI TUKANG NILAI
Dunia kini dipenuhi oleh ahli fikir, ilmuan dan cendikiawan yang kemampuan mereka sudah diiktiraf oleh berbagai jenis sijil dan ijazah yang mereka miliki, golongan ini selalunya mengisi kelas pertama dan superscale, dalam sistem pembahagian kaya miskin manusia di dunia ini. Ertinya golongan ini merupakan master-mind yang menentukan corak dan arah, tamadun dan budaya manusia sejagat.
Sebaliknya fikiran dan pandangan merekalah yang diterima sebagai penentu, benar atau tidak sesuatu perkara itu. Kalau mereka berkata benar (tentang sesuatu perkara) maka masyarakat kata benar tapi kalau mereka kata tidak benar, maka masyarakat juga kata tidak benar. tegasnya kalau mereka kata hitam, maka hitamlah, kalau kata putih, putihlah kata masyarakat.Menjadi satu trend golongan bijak pandai dalam masyarakat kita ini, iaitu mereka suka mengkritik, menilai tentang sesuatu yang berlaku dalam masyarakat. Malah seakan menjadi satu “trend” golongan ini untuk menulis dalam akhbar, dalam buku atau dalam internet tentang kritik mereka terhadap sesuatu isu.
Bahan-bahan tulisan mereka menjadi bacaan dan santapan fikiran masyarakat yang kemudiannya mencorakkan fikiran masyarakat, selari dengan aliran fikiran mereka. Kalaulah sikap ini digunakan untuk menyampaikan kebenaran pada masyarakat, maka sikap ini besar faedahnya. Tapi kalau ianya untuk menyatakan kepalsuan dan kejahatan, maka seseungguhnya sikap ini mesti di buang demi keamanan Malaysia.Apa yang terjadi kebelakangan ini ialah kecenderungan kritikus-kritikus ini menilai dan mengkritik individu-individu pemimpin samada dari kalangan orang dakwah atau orang politik, pemimpin negara dan pemimpin masyarakat. Hasil penilaian mereka tercungkillah kebaikan dan keburukan, kejayaan dan kegagalan, kelebihan dan kekurangan individu yang difokuskan itu.Demikian seterusnya golongan ini ghairah mengkritik dan menganalisa pemimpin yang ada, samada yang sedang giat sekarang atau di zaman silam. Seperti tadi, maka terdedahlah segala keistimewaan dan kegagalan yang ada pada badan yang difokuskan itu. Selalunya hasil analisa mereka itu dapat kita tatap dimuka akhbar, dalam buku, majalah dan dalam internet.Saya bukan tidak akui kebolehan mereka kerana mampu mengkaji dan menganalisa sesuatu perkara, tapi sikap ini sebenarnya sama seperti apa yang dikatakan oleh pepatah “Baling batu sembunyi tangan” Iaitu satu sikap dari seorang yang tidak bertanggungjawab, seorang yang hanya suka berteori tanpa praktikal atau seorang yang berfikir dangan tujuan melakukan mental exercise semata-mata, tidak untuk bekerja dan beramal. Dalam al Quran Allah menyatakan kebenciannya pada sikap demikian maksudnya:“Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan. Sangat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan.”Tukang-tukang nilai kita itu tahu akan kebaikan-kebaikan sesebuah Negara, tapi dia tidak pun mahu berjuang bersama-sama untuk melaksankan kebaikan itu. Seterusnya mereka tahu pula akan keburukan dan kelemahan sebuah Negara, tapi mereka tidak pun mahu membantu atau menampung kekurangan dan keburukan yang berlaku.Apa maksud sebenarnya dengan mengatakan kelebihan dan keburukan (kelemahan) tapi tidak mahu terlibat menanggung kebaikan dan keburukannya? Allah swt tidak membenarkan manusia hanya mengkaji dan menilai, tapi memerintahkan agar manusia bekerja dan melaksanakan. Firmannya yang bermaksud:“Hendaklah kamu melaksanakan, Allah akan menilai, Rasul juga menilai dan orang mukmin juga menilai.”
Bila kita beramal, Allah akan beri pahala, Rasul akan memberi syafaat, dan orang mukmin akan turut memberi perhatian dan sokongan. Barulah kita dikatakan telah memberi sumbangan pada kebangkitan agama , Barulah ada pembelaan yang sebenar terhadap kebenaran.
Dan barulah kita akan memperolehi hasil yang selayaknya kita terima. Dan barulah layak kita mendapat “title” ilmuan (cendikiawan) yang berpotensi dan praktikal. Rasulullah saw kerana tidak mahu menjadi seorang ilmuan yang lembab, telah mengajar kita satu doa:“Ya Allah, berilah kami ilmu yang bermanfaat dan berlindung dengan ilmu yang tidak memberi manfaat.”Bahayanya ilmu yang tidak bermanfaat ini ialah seorang yang banyak ilmu tapi tidak digunakan atau ilmu untuk dirinya saja atau ilmu yang dibekukan dalam gulungan sijil degree dan masternya saja. Kalaupun digunakan hanya untuk mengkritik dan menilai tapi tidak untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Bila ilmu tidak dipraktikkan jadilah empunyanya seorang yang pasif, tidak aktif berjuang dan melibatkan diri dalam masyarakat. Tidak tahu dan tidak merasa apa yang berlaku dalam masyarakat.Mereka hanya menyatakan sesuatu untuk diamalkan, tapi entah siapa yang mahu mengamalkan mereka sendiri tidak tahu. Beramal dan bekerja itu lebih penting dan produktif dari berkata-kata saja. Tapi yang selalu disibukkan bukan bekerja tapi berkata-kata dan kata-kata itu seakan ditujukan pada orang lain, agarorang itu mengamalkannya.Sampai bila kita dilalaikan atau tertipu oleh sikap ini? Sedangkan hasil yang kita tunggu-tunggu mustahil datangnya. Umpamanya orang yang ingin makan nasi tapi tidak berusaha memasaknya, mana beras boleh jadi nasi dengan sendirinya kalau tidak dimasak.Sepatutnya kita berjuang untuk membangunkan Negara, samada ikut serta dengan kerajaan yang sudah ada, bangunkan Negara sendiri. Corakkan masyarakat dengan apa yang kita fikirkan itu dan kemudian rasakan beban berat yang mesti dipikul kerana berkorban dan berjuang di dalam masyarakat. Barulah kita tahu susah payahnya berjuang dan mudah-mudahan waktu itu kita sedar bahawa “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.”Bahawa orang yang bergelumang dengan masyarakat menanggung susah payah yang tidak dirasakan oleh orang-orang yang menjenguk masyarakat dari menara gadingnya sahaja. Kalau begitu untuk apa dikritik. Bukankah patut berterima kasih pada pejuang-pejuang masyarakat yang sanggup mengorbankan jiwa raga untuk masyarakatnya, walhal orang lain berenak-enak di kerusi empuk dan tilam “dunlop” setiap siang dan malam.

No comments:
Post a Comment