
Agak susah bagi sesiapa pun hendak menimbang sesuatu kebenaran dari satu-satu perkara bila bertembung antara kehendak agama dengan kehendak kebangsaan. Contoh yang mudah, katakanlah tarian asli menurut kebangsaan adalah baik.Tetapi menurut Islam adalah haram, atau bersanding menurut kebangsaan adalah mempertahankan adat warisan datuk nenek tetapi menurut agama adalah haram. Dan satu contoh lagi ialah menepung tawar adalah ajaran adat yang dikaitkan dengan fahaman bangsa boleh disebut juga di dalamnya ada semangat kebangsaan tetapi sekiranya menurut agama Islam hukumnya harus atau makruh.Sebenarnya kalau saya hendak senaraikan pertembungan antara kebangsaan yang salah dengan ajaran agama yang benar terlalu banyak. Oleh sebab itu kalau satu-satu bangsa menjadikan kebangsaan sebagai asas perjuangan dan dalam masa yang sama juga mereka hendak mempertahankan agama, maka mereka akan menempuh pertentangan fikiran yang sangat hebat yang boleh membawa kepada sakit jiwa. Benar juga perkataan salah seorang menteri di negara jiran, “Kita tidak akan memberi jawatan yang tinggi kepada tentera yang beragama Islam di negara ini kerana ditakuti akan pertentangan jiwa mereka sewaktu berhadapan dengan musuh. Apakah yang dipertahankan itu agama atau bangsa?”Dalam mempertahankan bangsa, orang yang mengetahui agama terpaksa menerima kemungkaran yang dibuat oleh bangsanya sendiri seperti seorang ustaz yang ditugaskan di kementerian kebudayaan terpaksamenyaksikan tarian budaya bangsanya yang sudah tentu haram di sisi hukum syariat. Waktu itu dia mesti pilihantara dua samada mengorbankan agama atau mengorbankan adat bangsanya. Kalau di dalam hatinya lebih banyak kepentingan bangsa, kepentingan diri dan dunia, maka sudah tentu dikorbankan agama. Tetapi kalau agama yang menjadi kecintaannya maka dikorbankan kepentingan bangsa.Ramai orang mempertahankan kejahatan bangsanya walaupun jelas bangsanya jahat kerana di dalam hatinyamempunyai jiwa atau semangat kebangsaan dan kadang-kadang juara yang mempertahankan bangsanya yang jahat itu terdiri daripada mereka yang boleh menguasai ilmu Al Quran dan hadis. Dicarinya hujah dalam hadis untuk mempertahankan kebatilan itu. Inilah golongan yang disebut Rasul: “Mereka yang menggunakan bahasa kamu (bahasa Al Quran) tetapi mengajak kamu ke jurang neraka.”Setengah-setengah daripada negara bekas jajahan telah pernah memperjuangkan kesatuan bangsa. Semasa hendak menghalau penjajah, orang-orang agama menyangka di waktu itu biarlah bangsa itu merdeka lebih dahulu, setelah itu barulah kita perbaiki agama umat kita.Tetapi rupa-rupanya setelah merdeka semangat nafsu bangsa diletakkan di hadapan. Dan sesiapa sahaja yang menentang kehendak nafsu bangsa dengan menggunakan agama akan disumbat ke dalam penjara.Inilah salah satu kesalahan yang besar yang dilakukan oleh mereka yang mencampur-adukkan agama dengankebatilan bangsa. Bukannya sedikit perasaan duka yang terpaksa ditanggung oleh pejuang-pejuang agamalantaran kesilapan ini.Perjuangan menegakkan Islam ialah perjuangan membina iman. Iman dengan kufur tidak boleh barsatu. Iman dengan kufur tidak sehaluan. Iman jalannya ke akhirat dan syurga manakala kufur pula jalannya setakat pintu kubur sahaja dan di akhirat habuannya ialah neraka.Perjuangan Rasulullah ialah perjuangan cinta iman dan Islam. Bukan perjuangan dicampur-aduk dengan semangat bangsa yang mana semangat bangsa adalah semangat daripada bara api kekufuran. Kalaulah orang Arab itu berjuang kerana bangsanya maka Islam tidak akan sampai kepada bangsa lain. Tetapi yang paling mulia dalam agama bukan Yahudi dan Arya tetapi yang paling mulia ialah orang yang bertaqwa. Sifat taqwa itu boleh dimiliki oleh bangsa apa sekalipun.Tidak ada bangsa yang lebih baik dari bangsa lain kecuali bangsa yang lebih bertaqwa. Melayu yang bertaqwa lebih baik dari Cina yang tidak bertaqwa seperti juga Cina yang bertaqwa pasti lebih mulia dari Melayu yang tidak bertaqwa. Oleh itu janganlah kita sensitif atau melenting bila soal kebangsaan disinggung tetapi pejam mata bila Islam dan cara hidupnya diperkecil-kecilkan.Jaguh pejuang bangsa adalah kerdil dibandingkan dengan pejuang Islam. Sebab itu jaguh bangsa adakalanyadilupakan tetapi pejuang Islam sentiasa harum namanya dari zaman ke zaman. Kita merasa hairan dengansebilangan kecil ulama di merata dunia Islam yang telah mengarang banyak kitab-kitab agama (samada kitabtauhid, fekah mahupun tasauf) tetapi melenting dan marah-marah bila adat atau sikap kebangsaannya yangbertentangan Islam ditegur. Merasa megahlah dengan Islam bukan dengan bangsa sepertimana kata Umar ibnul Khattab: “Mulia Umar kerana Islam bukan kerana Arab.”Berkata Jaafar bin Abi Talib sewaktu mengadap Najasyi:"Dahulu kami bangsa Arab adalah bangsa padang pasir yang ganas dan berperang sesama sendiiri. Kami menanam anak-anak perempuan kami, memakan bangkai dan meminum arak. Tetapi datang Nabi Muhammad membawa Islam dan mengubah cara hidup kami kepada persaudaraan dan kasih sayang.”Jadilah seperti Umar dan Jaafar yang rasa mulia dengan Islam walaupun terpaksa mencaci adat buruk bangsanya.

waaaa...apa ko buat ni....mengarut ja banyak
ReplyDeletepembayaran epf bagi majikan terlalu tinggi 12 peratus daripada pendapatan bulanan adalah satu bebanan kepada majikan dalam ekonomi yang tidak stabil pada tahun 2008 dan 2009 dan tidak tahu sampai bila ianya berlarutan. satu lagi masalah yang negara luar banyak menrungut dan tiada jawapan daripada masalah ialah cukai pendapatan korporat oleh kerajaan sebnyk 26 peratus terlalu membebankan sedangkan negara jiran singapura 18 peratus shj, bnyk kilang terpaksa berpindah ke singapura selepas 5 tahun penubuhan syarikat di malaysia. ini kerana pelabur hanya mengambil peluang dasar atau polisi fiskal pengecualian cukai 70 peratus daripada pendapatan syarikat (antarabangsa) selama 5 tahun..selepas itu, meraka akan mengambil keputusan pindahkan operasi syarikat dan menguncupkan segala pendapatan ke luar negara. aliran pendapatan ke luar negara merugikan malaysia.
ReplyDeleteakum,,,saudara
ReplyDeleteSaudara zhafran..sy tidak boleh begitu keterlaluan menyuarakan pandangan kecuali ia rapat kepada realiti..tertapi tiga perkara penting bagi malaysia iaitu yang pertama jelas menyatakan pendirian dalam soal-soal kepentingan antarabanga..
ReplyDeletesaudara zhafran,mari kita isu kan tentang permasalan rakyat malaysia agar dapat meningkatkan tahap hidup selaras dengan pembangunan sekarang..tahap ekonomi malaysia masih di tingkat ke 17 2008 ekonomi paling mantap di dunia..terima kasih kerana comment saudara..
Bursa saham tempatan yang tidak terlepas daripada kesan kejatuhan bursa saham dunia telah menyebabkan nilai kekayaan 40 rakyat Malaysia terkaya menyusut RM75.6 bilion pada tahun lalu, demikian menurut kaji selidik majalah, Malaysian Business.
ReplyDeleteMenurut majalah itu, kekayaan terkumpul kesemua 40 individu dalam senarai berkenaan telah jatuh kepada RM96.30 bilion pada 16 Januari ini berbanding RM171.9 bilion, tempoh sama tahun lalu.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) jatuh sebanyak 37 peratus sejak kaji selidik yang lalu ekoran krisis kewangan global yang turut menjejaskan harga saham dunia.
Menurut kaji selidik itu, jumlah kekayaan bagi hampir separuh 40 rakyat Malaysia terkaya jatuh sehingga 50 peratus atau lebih, menjadikan bilangan orang terkaya seramai 14 berbanding 19 orang tahun lalu.
Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok masih berjaya mengekalkan kedudukan dalam senarai itu dengan nilai kekayaan sebanyak RM26.6 bilion berbanding RM58.1 bilion, tahun lalu.
Majalah itu berkata, jurang antara beliau dan Ananda Krishnan selaku orang kedua terkaya, semakin kecil dengan harta berjumlah kira-kira RM20.1 bilion, diikuti oleh peneraju Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion) dan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation (RM7.4 bilion).
dan lihatlah berapa ramai melayu dan bumiputera yang menjadi kaya dan berharta? berapa peratus?
ReplyDeleteRobert Kuok AS$ 10 billion, 84, berkahwin, 8 orang anak.
ReplyDeleteKuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International
Ananda Krishnan AS$ 7.2 billion, 70, berkahwin, 3 orang anak.
Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks
Lee Shin Cheng AS$ 5.5 billion, 69, berkahwin, 6 orang anak.
IOI Group
Teh Hong Piow AS$ 3.5 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.
Public Bank
Lee Kim Hua & family AS$ 3.4 billion, 79, janda, 6 orang anak.
Genting Group
Quek Leng Chan AS$ 2.4 billion, 67, berkahwin, 3 orang anak.
Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group
Yeoh Tiong Lay and family AS$ 2.1 billion, 78, duda, 7 orang anak.
YTL Corporation
Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.8 billion, 56, berkahwin, 5 orang anak.
Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia
Vincent Tan AS$ 1.3 billion, 56, berkahwin, 11 orang anak.
Berjaya Group
Tiong Hiew King AS$ 1.1 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.
Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies
Azman Hashim AS$ 700 juta, 68, berkahwin, 5 orang anak.
AMCorp Group, Ambank
William H. J. Cheng AS$ 660 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.
Lion Group
Lee Swee Eng AS$ 495 juta, 52, berkahwin.
KNM Group
Ong Beng Seng AS$ 470 juta, 63, berkahwin, 2 orang anak.
Hotel Properties Ltd, Natsteel
Lim Kok Thay AS$ 345 juta, 56, berkahwin, 3 orang anak.
Genting Group, Star Cruises. Alliance Global
Vinod Sekhar AS$ 320 juta, 40, berkahwin, 2 orang anak.
Petra Group, Green Rubber Global
Lee Oi Hian AS$ 300 juta, 57, berkahwin, 4 orang anak.
Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn
Yaw Teck Seng AS$ 295 juta, 70, berkahwin.
Samling Group
Anthony Fernandes AS$ 290 juta, 44, berkahwin.
AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X
Mokhzani Mahathir AS$ 285 juta, 47, berkahwin, 5 orang anak.
Kencana
Kamarudin Meranun AS$ 280 juta, 47, berkahwin, 5 orang anak.
AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X
Jeffrey Cheah AS$ 275 juta, 63, berkahwin, 3 orang anak.
Sunway Group
Lee Hau Hian AS$ 250 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.
Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong
Chong Chook Yew AS$ 245 juta, 86, janda, 4 orang anak.
Selangor Properties
Yaw Chee Ming AS$ 240 juta, 49, berkahwin.
Samling Group
G. Gnanalingam AS$ 230 juta, 63, berkahwin, 3 orang anak.
Westports
Lim Wee Chai AS$ 200 juta, 50, berkahwin, 2 orang anak.
Top Glove
Kua Sian Kooi AS$ 195 juta, 55, berkahwin, 4 orang anak.
Kurnia Asia
Lau Cho Kun AS$ 185 juta, 72, berkahwin.
Gek Poh Holding, Malaysian Mosaics, Hap Seng
Abdul Hamed Sepawi AS$ 180 juta, 58, berkahwin, 2 orang anak.
Ta Ann
David Law Tien Seng AS$ 165 juta.
Midwest, Sinosteel, T.S.Law Holding
Tiah Thee Kian AS$ 163 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.
TA Enterprise
Liew Kee Sin AS$ 160 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.
SP Setia
Ahmayuddin Ahmad AS$ 155 juta, 51, berkahwin, 4 orang anak.
Westports, Pelikan
Eleena Azlan Shah AS$ 150 juta, 48, berkahwin.
Gamuda
Lin Yun Ling AS$ 145 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.
Gamuda
Ong Leong Huat AS$ 130 juta, 64, berkahwin, 4 orang anak.
OSK Group
Lim Thian Kiat USD 115 juta, 50, bercerai.
Former head of conglomerate Multi-Purpose
Khoo Kay Peng USD 110 juta, 69.
MUI, Laura Ashley
Nazir Razak USD 100 juta, 41, berkahwin.
CIMB, Bumiputra Commerce Holdings
semua termasuk bangsa malaysia,dan lebih kaya lagi,kita kaya budi bahasa..terima kasih
ReplyDelete