Friday, February 13, 2009



Salam buat rakyat malaysia... Saya sharif musa bin sharif mabul. Tujuan saya membuat blog ini adalah mencari teman2 rakyat malaysia terutama yang berminat dalam bidang politik,pentadbiran,perniagaan,pembangunan,sosial,dan ekonomi...Disini saya menjemput teman2 yang selalu tertekan tentang permasalaan yang tertulis diatas ini,apakah anda tidak berpuas hati tentang pentadbiran kerajaan sekarang?mari kita cari isu bersama2 demi bumi malaysia kita cintai..



JANGAN JADI TUKANG NILAI


Dunia kini dipenuhi oleh ahli fikir, ilmuan dan cendikiawan yang kemampuan mereka sudah diiktiraf oleh berbagai jenis sijil dan ijazah yang mereka miliki, golongan ini selalunya mengisi kelas pertama dan superscale, dalam sistem pembahagian kaya miskin manusia di dunia ini. Ertinya golongan ini merupakan master-mind yang menentukan corak dan arah, tamadun dan budaya manusia sejagat.
Sebaliknya fikiran dan pandangan merekalah yang diterima sebagai penentu, benar atau tidak sesuatu perkara itu. Kalau mereka berkata benar (tentang sesuatu perkara) maka masyarakat kata benar tapi kalau mereka kata tidak benar, maka masyarakat juga kata tidak benar. tegasnya kalau mereka kata hitam, maka hitamlah, kalau kata putih, putihlah kata masyarakat.Menjadi satu trend golongan bijak pandai dalam masyarakat kita ini, iaitu mereka suka mengkritik, menilai tentang sesuatu yang berlaku dalam masyarakat. Malah seakan menjadi satu “trend” golongan ini untuk menulis dalam akhbar, dalam buku atau dalam internet tentang kritik mereka terhadap sesuatu isu.
Bahan-bahan tulisan mereka menjadi bacaan dan santapan fikiran masyarakat yang kemudiannya mencorakkan fikiran masyarakat, selari dengan aliran fikiran mereka. Kalaulah sikap ini digunakan untuk menyampaikan kebenaran pada masyarakat, maka sikap ini besar faedahnya. Tapi kalau ianya untuk menyatakan kepalsuan dan kejahatan, maka seseungguhnya sikap ini mesti di buang demi keamanan Malaysia.Apa yang terjadi kebelakangan ini ialah kecenderungan kritikus-kritikus ini menilai dan mengkritik individu-individu pemimpin samada dari kalangan orang dakwah atau orang politik, pemimpin negara dan pemimpin masyarakat. Hasil penilaian mereka tercungkillah kebaikan dan keburukan, kejayaan dan kegagalan, kelebihan dan kekurangan individu yang difokuskan itu.Demikian seterusnya golongan ini ghairah mengkritik dan menganalisa pemimpin yang ada, samada yang sedang giat sekarang atau di zaman silam. Seperti tadi, maka terdedahlah segala keistimewaan dan kegagalan yang ada pada badan yang difokuskan itu. Selalunya hasil analisa mereka itu dapat kita tatap dimuka akhbar, dalam buku, majalah dan dalam internet.Saya bukan tidak akui kebolehan mereka kerana mampu mengkaji dan menganalisa sesuatu perkara, tapi sikap ini sebenarnya sama seperti apa yang dikatakan oleh pepatah “Baling batu sembunyi tangan” Iaitu satu sikap dari seorang yang tidak bertanggungjawab, seorang yang hanya suka berteori tanpa praktikal atau seorang yang berfikir dangan tujuan melakukan mental exercise semata-mata, tidak untuk bekerja dan beramal. Dalam al Quran Allah menyatakan kebenciannya pada sikap demikian maksudnya:“Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan. Sangat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan.”Tukang-tukang nilai kita itu tahu akan kebaikan-kebaikan sesebuah Negara, tapi dia tidak pun mahu berjuang bersama-sama untuk melaksankan kebaikan itu. Seterusnya mereka tahu pula akan keburukan dan kelemahan sebuah Negara, tapi mereka tidak pun mahu membantu atau menampung kekurangan dan keburukan yang berlaku.Apa maksud sebenarnya dengan mengatakan kelebihan dan keburukan (kelemahan) tapi tidak mahu terlibat menanggung kebaikan dan keburukannya? Allah swt tidak membenarkan manusia hanya mengkaji dan menilai, tapi memerintahkan agar manusia bekerja dan melaksanakan. Firmannya yang bermaksud:“Hendaklah kamu melaksanakan, Allah akan menilai, Rasul juga menilai dan orang mukmin juga menilai.”
Bila kita beramal, Allah akan beri pahala, Rasul akan memberi syafaat, dan orang mukmin akan turut memberi perhatian dan sokongan. Barulah kita dikatakan telah memberi sumbangan pada kebangkitan agama , Barulah ada pembelaan yang sebenar terhadap kebenaran.
Dan barulah kita akan memperolehi hasil yang selayaknya kita terima. Dan barulah layak kita mendapat “title” ilmuan (cendikiawan) yang berpotensi dan praktikal. Rasulullah saw kerana tidak mahu menjadi seorang ilmuan yang lembab, telah mengajar kita satu doa:“Ya Allah, berilah kami ilmu yang bermanfaat dan berlindung dengan ilmu yang tidak memberi manfaat.”Bahayanya ilmu yang tidak bermanfaat ini ialah seorang yang banyak ilmu tapi tidak digunakan atau ilmu untuk dirinya saja atau ilmu yang dibekukan dalam gulungan sijil degree dan masternya saja. Kalaupun digunakan hanya untuk mengkritik dan menilai tapi tidak untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Bila ilmu tidak dipraktikkan jadilah empunyanya seorang yang pasif, tidak aktif berjuang dan melibatkan diri dalam masyarakat. Tidak tahu dan tidak merasa apa yang berlaku dalam masyarakat.Mereka hanya menyatakan sesuatu untuk diamalkan, tapi entah siapa yang mahu mengamalkan mereka sendiri tidak tahu. Beramal dan bekerja itu lebih penting dan produktif dari berkata-kata saja. Tapi yang selalu disibukkan bukan bekerja tapi berkata-kata dan kata-kata itu seakan ditujukan pada orang lain, agarorang itu mengamalkannya.Sampai bila kita dilalaikan atau tertipu oleh sikap ini? Sedangkan hasil yang kita tunggu-tunggu mustahil datangnya. Umpamanya orang yang ingin makan nasi tapi tidak berusaha memasaknya, mana beras boleh jadi nasi dengan sendirinya kalau tidak dimasak.Sepatutnya kita berjuang untuk membangunkan Negara, samada ikut serta dengan kerajaan yang sudah ada, bangunkan Negara sendiri. Corakkan masyarakat dengan apa yang kita fikirkan itu dan kemudian rasakan beban berat yang mesti dipikul kerana berkorban dan berjuang di dalam masyarakat. Barulah kita tahu susah payahnya berjuang dan mudah-mudahan waktu itu kita sedar bahawa “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.”Bahawa orang yang bergelumang dengan masyarakat menanggung susah payah yang tidak dirasakan oleh orang-orang yang menjenguk masyarakat dari menara gadingnya sahaja. Kalau begitu untuk apa dikritik. Bukankah patut berterima kasih pada pejuang-pejuang masyarakat yang sanggup mengorbankan jiwa raga untuk masyarakatnya, walhal orang lain berenak-enak di kerusi empuk dan tilam “dunlop” setiap siang dan malam.






APAKAH KITA MERDEKA DAN BERBUDAYA?

Tanpa wujudnya niat untuk menimbulkan rasa sentimen kepada mana-mana pihak, kita perlu objektif dan berani mengakui tentang hakikat sejarah negeri Sabah kerana kitalah yang sepatutnya menceritakan perkara sebenar Sabah ini kepada rakyat Malaysia dan juga masyarakat luar berhubung kemerdekaan dan budaya kita.

Adalah menjadi satu pembohongan besar bagi para penulis negara ini khususnya, apabila tidak menjelaskan tentang fakta sejarah yang sebenarnya. Selama ini kita difahamkan melalui buku-buku pelajaran sejarah di sekolah tetapi sungguh disesalkan, mengapa tidak ditemukan tajuk-tajuk sejarah yang berkaitan dengan Perkara 20, Hak dan keistimewaan kaum pribumi Sabah dan perkara-perkara yang melibatkan Hak Sabah dalam Penggabungan Malaysia.Mengapa rakyat Sabah dibutakan daripada pengetahuan sejarah negeri yang sebenarnya? Adakah sejarah itu merupakan satu ancaman kepada ahli-ahli politik Negara ataukah memang di dalam sistem pemerintahan khususnya, terdapat unsur penjajahan minda yang bakal merosak pemikiran rakyat khususnya di Sabah?Sebagai rakyat sabah dan rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa sangat tidak wajar bagi kerajaan melakukan penyembunyian fakta ini. Bagaimana hendak menanamkan rasa nasionalisme bangsa jika fakta tidak disampaikan secara telus? Bagaimana hendak melahirkan insan Malaysia yang patriotik jika sejarah negeri sendiri pun tidak faham hal sebenar?Untuk itu, mari kita kongsi bersama apa sebenarnya hakikat sejarah negeri Sabah dalam menyambut merdeka dan budaya. Sebelum itu sekali lagi saya tegaskan bahawa ini adalah perkongsian ilmu tentang fakta negeri Sabah dan tidak ada niat untuk sengaja menimbulkan sentimen kepada mana-mana pihak.

1. Bila sebenarnya negeri Sabah ini merdeka?

Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Sekali lagi saya sebut, pada 31 Ogos 1963. Ketika menyambut hari bersejarah ini, antara pemimpin-pemimpin negara yang turut hadir menjadi saksi kemerdekaan sabah ialah ialah Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew, Donald Stephen, Mustafa Harun, Stephen Kalong Ningkan, pemimpin-pemimpin British dan lain-lain lagi. Bagi mengumumkan kemerdekaan sabah, maka Gubernur Borneo Utara (Sabah) ketika itu iaitu Sir William Goode, menyatakan secara rasmi:“ …..Hari ini adalah hari bersejarah untuk negeri sabah, ia menandakan bermulanya pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta berakhirnya perjanjian” (Sabah Times, Jesselton, 31 Ogos 1963.Dalam ucapan mulia gabenor tersebut, dapatlah ditarik tiga inti utama iaitu:i). Bermulanya pemerintahan sendiri;ii). Kemerdekaan;iii). Berakhirnya perjanjian, iaitu perjanjian dengan pihak British.

2. Bagaimana Sabah boleh tergabung di dalam Malaysia?

Selepas Sabah merdeka di bawah British pada 31 Ogos 1963, maka Tunku Abdul Rahman membawa misi ke Borneo untuk mengajak Sabah dan Sarawak turut bergabung dengan Malaya, selain Singapura untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.Tawaran Tunku Abdul Rahman ini diterima oleh pemimpin-pemimpin Borneo Utara (Sabah) ketika itu DENGAN SYARAT bahawa harus ada 20 ISI PERJANJIAN antara Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri ketika itu, dengan para pemimpin sabah yang mewakili seluruh etnik di Sabah.Perjanjian itu pun di materai bersama dengan nama PERJANJIAN 20 PERKARA, yakni terdapat 20 Perkara Utama yang sangat mendasar serta sebab utama mengapa Sabah menyetujui tawaran Tunku Abdul Rahman ketika itu. Setelah ditandatangani perseujuan bersama, maka Sabah, secara sah bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963.Tepatnya, penggabungan tersebut adalah ‘Bergabung Dengan Syarat’. Keseluruhan isi kandung 20 perkara tersebut adalah merujuk kepada Hak dan keistemewaan bagi rakyat dan negeri sabah sendiri.

3. Adakah Sabah ini sepatutnya disebut Negeri atau Negara?

Perlu anda ketahui bahawa, di dalam kandungan 20 Perkara, Sabah menurut Perkara 4 (1) dan Perkara 5(1) (a-b), menyatakan bahawa Sabah adalah Negara. Perkara 18 pula iatu tentang nama ketua negeri, disebut bahawa Nama Ketua Negeri ialah Yang Dipertuan Negara, bukannya Yang Dipertua Negeri.Oleh sebab itu, sejak Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 sampai 16 September 1963, Sabah adalah sebuah NEGARA.. Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya akhirnya Berjaya bergabung bersama lalu membentuk Kerajaan yang disebut MALAYSIA namun Singapura tidak kekal dan bertindak keluar daripada Malaysia.Inilah fakta sejarah Sabah. Kenapa para sejarawan negara kita tidak menyatakan perkara ini secara jujur dalam tulisan-tulisan mereka tenteng kebenaran merdeka dan budaya? Kenapa perlu disembunyikan? Kalau pihak Putrajaya tidak dapat menerima hal ini, kenapa rakyat Sabah tidak diajak berbincang secara diplomasi untuk memperbaiki atau mencari kesepakatan bersama.Kenapa bila rakyat Sabah bercakap pasal Perkara 20 ini dianggap terlalu sensitif? Waktu menandatangani Perjanjian ini dulu tidak dianggap sensitif, tapi kenapa sekarang rakyat Sabah minta dikaji semula hak-hak tersebut, lalu dianggap sensitif, malah lebih parah lagi bila rakyat Sabah dibutakan daripada fakta sejarah negeri Sabah dengan segala budaya yang tidak ditahui asal usulnya sendiri.Sebagai rakyat Sabah, dan juga rakyat Malaysia, tidak salah rasanya jika saya menyeru kepada semua pihak, baik para pemimpin negeri dan juga pemimpin pusat, tolong keluarkan kebenaran sejarah, dalam menyatakan kebenaran sejarah merdeka atau budaya.Jangan pula menipu tentang hal sebenar. Ayuh!! Katakan saja sejujurnya…biar rakyat tahu dan generasi muda tahu tentang sejarah yang betul. Kami rakyat Sabah siap menerima segala bentuk perbincangan asalkan kami tidak dibohongi seperti ini. Mungkinkah ini yang disebut sebagai……penjajahan minda!!!!?“

”Saya memohon sejuta kemaafan dan berharap pemimpin Malaysia mengasihani generasi muda yang belum tahu tentang sejarah merdeka dan budaya.


PERDANA MENTERI MALAYSIA

Aku Cari Bukan Harta Bertimbun-Timbun, Untuk Hidup Kaya. Aku Cari Bukan Wang Berjuta-Juta Untuk Hidup Bergaya. Aku Cari Bukan Kawan-Kawan Untuk Hidup Sekadar Berfoya-Foya. Aku Cari Mana Dia Al-Ghazali. Aku Cari Mana Dia Al-Shafie. Kita Bongkar Rahsia Kitab Suci. Cari Pedoman. Kita Bongkar Rahsia Sunnah Nabi. Cari Panduan. Aku Hidup Kerana Dia Rabbi. Dialah Teman, Dialah Wali. Dia Mencukupi Aku Hidup Bererti, Menikmati Damai Abadi.


KETUA MENTERI SABAH


ALLAHYARHAM TUN MOHD. FUAD STEPHENS
KETUA MENTERI SABAH YANG PERTAMA (1963-1964) & KE-5 (April-Jun 1976)


DATUK PETER LO SU YIN
KETUA MENTERI SABAH (1965-1967)


ALLAHYARHAM TUN DATU HAJI MUSTAPHA BIN DATU HARUN
KETUA MENTERI SABAH (1967-1975)


TUN HAJI MOHD.SAID KERUAK
KETUA MENTERI SABAH (1975- 1976)


DATUK HARRIS BIN MOHD SALLEH
KETUA MENTERI SABAH (1976-1985)


DATUK SERI JOSEPH PAIRIN KITINGAN
KETUA MENTERI SABAH (1985 - Mac 1994)


TAN SRI SAKARAN BIN DANDAI
KETUA MENTERI SABAH (Mac 1994- Dis 1994)


DATUK SALLEH MOHD.SAID KERUAK
KETUA MENTERI SABAH (Dis 1994- Mei 1996)


DATUK YONG TECK LEE
KETUA MENTERI SABAH (May 1996 - May 1998)


TAN SRI DATUK SERI PANGLIMABERNARD GILUK DOMPOK
KETUA MENTERI SABAH (Mei 1998 - 13 Mac 1999)


DATUK SERI PANGLIMA OSU BIN HAJI SUKAM
KETUA MENTERI SABAH (14 Mac 1999 - Mac 2001 )


YB TAN SRI DATUK CHONG KAH KIAH
KETUA MENTERI SABAH (17 Mac 2001 - 26 Mac 2003)


YAB DATUK SERI HAJI MUSA B. HAJI AMAN
KETUA MENTERI SABAH (27 Mac 2003 - Sekarang)


PERTEMBUNGAN ANTARA BUDAYA DAN AGAMA


Agak susah bagi sesiapa pun hendak menimbang sesuatu kebenaran dari satu-satu perkara bila bertembung antara kehendak agama dengan kehendak kebangsaan. Contoh yang mudah, katakanlah tarian asli menurut kebangsaan adalah baik.Tetapi menurut Islam adalah haram, atau bersanding menurut kebangsaan adalah mempertahankan adat warisan datuk nenek tetapi menurut agama adalah haram. Dan satu contoh lagi ialah menepung tawar adalah ajaran adat yang dikaitkan dengan fahaman bangsa boleh disebut juga di dalamnya ada semangat kebangsaan tetapi sekiranya menurut agama Islam hukumnya harus atau makruh.Sebenarnya kalau saya hendak senaraikan pertembungan antara kebangsaan yang salah dengan ajaran agama yang benar terlalu banyak. Oleh sebab itu kalau satu-satu bangsa menjadikan kebangsaan sebagai asas perjuangan dan dalam masa yang sama juga mereka hendak mempertahankan agama, maka mereka akan menempuh pertentangan fikiran yang sangat hebat yang boleh membawa kepada sakit jiwa. Benar juga perkataan salah seorang menteri di negara jiran, “Kita tidak akan memberi jawatan yang tinggi kepada tentera yang beragama Islam di negara ini kerana ditakuti akan pertentangan jiwa mereka sewaktu berhadapan dengan musuh. Apakah yang dipertahankan itu agama atau bangsa?”Dalam mempertahankan bangsa, orang yang mengetahui agama terpaksa menerima kemungkaran yang dibuat oleh bangsanya sendiri seperti seorang ustaz yang ditugaskan di kementerian kebudayaan terpaksamenyaksikan tarian budaya bangsanya yang sudah tentu haram di sisi hukum syariat. Waktu itu dia mesti pilihantara dua samada mengorbankan agama atau mengorbankan adat bangsanya. Kalau di dalam hatinya lebih banyak kepentingan bangsa, kepentingan diri dan dunia, maka sudah tentu dikorbankan agama. Tetapi kalau agama yang menjadi kecintaannya maka dikorbankan kepentingan bangsa.Ramai orang mempertahankan kejahatan bangsanya walaupun jelas bangsanya jahat kerana di dalam hatinyamempunyai jiwa atau semangat kebangsaan dan kadang-kadang juara yang mempertahankan bangsanya yang jahat itu terdiri daripada mereka yang boleh menguasai ilmu Al Quran dan hadis. Dicarinya hujah dalam hadis untuk mempertahankan kebatilan itu. Inilah golongan yang disebut Rasul: “Mereka yang menggunakan bahasa kamu (bahasa Al Quran) tetapi mengajak kamu ke jurang neraka.”Setengah-setengah daripada negara bekas jajahan telah pernah memperjuangkan kesatuan bangsa. Semasa hendak menghalau penjajah, orang-orang agama menyangka di waktu itu biarlah bangsa itu merdeka lebih dahulu, setelah itu barulah kita perbaiki agama umat kita.Tetapi rupa-rupanya setelah merdeka semangat nafsu bangsa diletakkan di hadapan. Dan sesiapa sahaja yang menentang kehendak nafsu bangsa dengan menggunakan agama akan disumbat ke dalam penjara.Inilah salah satu kesalahan yang besar yang dilakukan oleh mereka yang mencampur-adukkan agama dengankebatilan bangsa. Bukannya sedikit perasaan duka yang terpaksa ditanggung oleh pejuang-pejuang agamalantaran kesilapan ini.Perjuangan menegakkan Islam ialah perjuangan membina iman. Iman dengan kufur tidak boleh barsatu. Iman dengan kufur tidak sehaluan. Iman jalannya ke akhirat dan syurga manakala kufur pula jalannya setakat pintu kubur sahaja dan di akhirat habuannya ialah neraka.Perjuangan Rasulullah ialah perjuangan cinta iman dan Islam. Bukan perjuangan dicampur-aduk dengan semangat bangsa yang mana semangat bangsa adalah semangat daripada bara api kekufuran. Kalaulah orang Arab itu berjuang kerana bangsanya maka Islam tidak akan sampai kepada bangsa lain. Tetapi yang paling mulia dalam agama bukan Yahudi dan Arya tetapi yang paling mulia ialah orang yang bertaqwa. Sifat taqwa itu boleh dimiliki oleh bangsa apa sekalipun.Tidak ada bangsa yang lebih baik dari bangsa lain kecuali bangsa yang lebih bertaqwa. Melayu yang bertaqwa lebih baik dari Cina yang tidak bertaqwa seperti juga Cina yang bertaqwa pasti lebih mulia dari Melayu yang tidak bertaqwa. Oleh itu janganlah kita sensitif atau melenting bila soal kebangsaan disinggung tetapi pejam mata bila Islam dan cara hidupnya diperkecil-kecilkan.Jaguh pejuang bangsa adalah kerdil dibandingkan dengan pejuang Islam. Sebab itu jaguh bangsa adakalanyadilupakan tetapi pejuang Islam sentiasa harum namanya dari zaman ke zaman. Kita merasa hairan dengansebilangan kecil ulama di merata dunia Islam yang telah mengarang banyak kitab-kitab agama (samada kitabtauhid, fekah mahupun tasauf) tetapi melenting dan marah-marah bila adat atau sikap kebangsaannya yangbertentangan Islam ditegur. Merasa megahlah dengan Islam bukan dengan bangsa sepertimana kata Umar ibnul Khattab: “Mulia Umar kerana Islam bukan kerana Arab.”Berkata Jaafar bin Abi Talib sewaktu mengadap Najasyi:"Dahulu kami bangsa Arab adalah bangsa padang pasir yang ganas dan berperang sesama sendiiri. Kami menanam anak-anak perempuan kami, memakan bangkai dan meminum arak. Tetapi datang Nabi Muhammad membawa Islam dan mengubah cara hidup kami kepada persaudaraan dan kasih sayang.”Jadilah seperti Umar dan Jaafar yang rasa mulia dengan Islam walaupun terpaksa mencaci adat buruk bangsanya.